Perjuangan


Bila kita cakap pasal struggle, kita kena tahu semua orang ada struggle dia yang tersendiri. 

Tak kisah lah tentang apa sekalipun or dalam apa jua keadaan pun. Kau takkan nampak struggle orang. Hanya orang yang berada dlm situasi tu je tahu. Yes, sebab tulah kadang kadang kau kena selalu letak diri kau kat tempat orang. Kau takboleh terus jump into conclusion. Common sense tu perlu ada.

Tipu lah kan kalau aku cakap yang aku takda perasaan macamtu. Aku pun selalu menilai dari apa yang aku nampak je walaupun hakikatnya tu sebaliknya.

Ala dia tu memang gifted, tak baca buku pun boleh score

Padahal kau tak tahu pun, dia selalu habiskan masa dia kat library lepas habis class, jumpa lecturer tanya itu ini, korbankan masa tidur dia untuk study. Yang kau nampak bila dia dah berjaya je. Segala keperitan dia kau taktahu.

Kerja dia tu senang je, duduk dalam office ada aircond lagi tahu tahu dah dpt gaji

Hakikatnya kau taktahu dia punya struggle, fizikal dia tak banyak bergerak tapi otak dia berjalan tiap masa, duduk depan komputer dan fikir macam macam perkara utk make sure kerja dia settle. Penglihatan pun boleh terjejas ok kalau tengok komputer lama lama. Tu belum lagi sakit sakit satu badan. Kau taktahu segala struggle dia dan kau pula buat penilaian sendiri. Mana ada kerja yang mudah kan?

Ada jugak orang struggle untuk lupakan kisah silam/ kenangan/ orang yang dia sayang misalnya. Kau kena tahu yang setiap orang ni tak sama, ada orang hanya ambil masa seminggu je, terus boleh move on and jalani kehidupan mcm biasa tapi ada yang makan masa berbulan bulan utk lepaskan semuanya, yang sampai bertahun pun ada jugak. Semua tu bergantung pada diri masing masing. So takbolehlah kau cakap "Alaa lupakan jelah, ramai lagi orang lain kat Malaysia ni yada yada ~" Walhal kau tak ada pun kat tempat dia and taktahu pun apa yang dia dah lalui. Kau ingat semua tu mudah ke mcm kau makan kacang? *sis emo kejap* 

Mungkin dia dah cuba utk buang perasaan tu jauh jauh. Aku tahu semua orang mencuba. Kita taktahu pun mungkin setiap hari dia doa dan mintak dkt Allah supaya hilangkan perasaan tu, struggle nya dia buat benda benda yg menghappykan diri dia misalnya pergi window shopping ke, tengok wayang, jogging, panjat gunung and mcm mcm lagi lah hanya utk lupakan semua tu. Lain orang lain caranya. Aku tahu bukan mudah nak bangkit dari kekecewaan. It may take sometimes to heal.  

  Sebab hidup kau dan dia berbeza :)

Bagi aku, kau akan lagi kenal erti bersyukur bila kau tak membanding- bandingkan hidup kau dengan orang lain sebab semua orang ada struggle dia yg tersendiri. Kau kena pandang semua ni dari semua sudut. Bila kau nampak hidup dia senang tak semestinya dia tak pernah rasa susah. Kau cuma tak nampak keseluruhan hidup dia:) 

Begitu juga dengan diri kau sendiri. Orang lain tak nampak, cuma kau yang yang tahu dan rasa. Jatuh bangun susah senang kau hanya kau dan Tuhan je tahu. Yang pasti, tak ada benda yang mudah dalam hidup ni. 

Dunia tempat berpenat, Akhirat tempat berehat


So for those yang tengah berjuang tak kisah lah dalam situasi dan keadaan apa sekali pun, teruskan dan kuatkan semangat okee! Chaiyok! InshaAllah dan moga Allah permudahkan segalanya. Mohon doakan diri ini jua sebab perjalanan diri ini masih jauh :'D

Sekian saja coretan kali ini. Just my 2cents ok. Panjang pulak aku membebel kan hahaha yelah lama tak muncul kat sini ghindu pulak :p Ok jumpa lagi and tq fr reading!


Love :
Izzah Alya

Sebuah Harapan.




Aku duduk bertelaku,

Mendongak ke langit,

Penuh rasa hiba di dada,

Kerdil sungguh rasa diri ini,

Dalam-dalam aku fikir,

Lalu ku persoalkan,

Mengapa rasa ini perlu menerpa dihati?




Sekuntum bunga telah kau beri,

 Kaca pula sebagai ganti,

Sekeping hati terluka kini,

Ku pasrahkan jua segala yang terjadi,

Perlulah selalu aku sedari, 

 Kesempurnaan itu tidak seorang pun miliki,

Hanya sempurna tuhan saja aku pasti.




Lelah dan penat,

Pahit dan perit,

Seorang diri aku tanggung,

Hanya tuhan tempat mengadu,

Segala rasa yang melanda jiwa,

Dengan kata tak mampu ku luah,

Kerana tiada siapa mengerti.





Jika sifat manusia bikin kecewa hati,

Perlu saja kau ingati,

Sekeping hati dipegang Sang Pencipta,

Mohon lah selalu pada si DIA,

Agar diberi selalu rasa bahagia.





Lalu akhirnya kau sendiri mengerti,

Kecewa itu kau cipta sendiri,

Harapan segunung mudah kau beri,

Kelak akhirnya,

Kau sendiri tertunduk mati.


  

Berpadalah dalam memberi harapan, 

Kerana huluran yang kau beri,

Tak semestinya disambut nanti,

Teruskan berjalan,

Berharap sentiasa pada Yang Esa,

Kerana hanya secebis harapan pada Dia; Sang Pencipta,

Kau takkan pernah merasa kecewa ❤



Love : Floralyaa