TIPS : Cara mengatasi rasa malu dalam diri.


Aku nak share tips ni dari haritu lagi tapi aku ni pemalas sikit. Ada kena mengena jugak lah dengan aku, sebab aku ni shy shy cat orangnya. Tapi pemalu sikit jelah! mana ada banyak. Mesti ada antara pembaca blog aku ni seorang pemalu kan? tak salah pun jadi pemalu ni, lelaki pun ada tau! perempuan jangan cakaplah, walau setomboy mana pun dia, mesti ada sifat pemalu. tapi janganlah malu tak bertempat. ok jom kita tengok cara cara mengatasi rasa malu ni!


1-Kuatkan keperibadian atau harga diri.

-Seseorang yang merasa dirinya kurang sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Sebab itu dia lebih memilih untuk diam. Tidak berani bercakap dikhalayak ramai dan malu untuk bertanyakan soalan.


2-Berbangga dengan diri sendiri.
-Terima lah diri dengan seadanya. Jangan rasa diri kita kurang. Menonjolkan diri untuk tidak rasa gugup atau malu.


3-Jangan takut pendapat orang lain.
-Kritikan atau saranan dari orang lain adalah salah satu yang terbaik untuk kita. Dari kritikan, kita boleh ubah sesuatu menjadi lebih baik dan bagus.



4-Minta saranan daripada ibubapa tentang timbulnya malu.
-Mintalah saranan daripada ibubapa ataupun kakak, bagaimana rasa malu itu boleh hilang atau tekanan daripada suatu pihak ataupun kurangnya belas kasihan daripada ibubapa. Kita boleh bertukar tukar pendapat dengan mereka.

5-Jangan takut salah.
-Jangan pernah takut untuk membuat sesuatu kebenaran. Jika kita selalu takut, kita takboleh memulakan apa apa. Dan menjadi salah satu faktor terjadinya malu dalam diri.



6-Selalulah berkumpul dengan kawan-kawan.

-Bergurau, bergelak ketawa, dan bersuka ria dapat menipiskan rasa malu kita. Pada umumnya, kita terasa asing bila berkumpul dengan kawan kawan tetapi jika kita selalu berkumpul dengan kawan, kita sudah jadi terbiasa dengan mereka.


    
7-Belajar berbicara di khalayak ramai.
  -Yakinlah pada diri sendiri dan buktikan pada kawan atau penonton yang melihat, kita juga berkemampuan yang sama boleh berbicara di depan umum. Terimalah dengan hati terbuka segala kritikan yang membangun, kritikan itu sangat berguna untuk kita berkembang menjadi lebih baik.

8-Bernafas dengan tenang.
-Sebelum berbicara didepan, semasa peperiksaan lisan ataupun wawancara .. tariklah nafas dalam dalam, sesekali tarik nafas kembali supaya perasaan menjadi tenang dan rileks.

9-Berfikir positif.
-Hendaklah sentiasa berfikiran positif. Jangan selalu merendahkan diri sendiri ''alah mesti aku takboleh buat, mesti dieorang gelakkan aku nanti, nanti sampai depan mesti lupa''  kata kata itu selalu disebut. yakinlah yang kita boleh lakukan.


Tangan pun dah lenguh. ok bye! sukses :)