After a few years......


Assalamualaikum, setelah hampir 3 tahun aku meninggalkan dunia blogger, now iam back. Wahaha uish lama gila kot aku tak update belog dan blog aku pun dibiarkan gantung tak bertali. Kesian betul. Last post aku 2014, banyak sudah post aku dah delete. Sekarang tinggal bape kerat jelah post aku. Kenapa ntah aku pi delete. Padahal banyak jugak moment moment indah yang aku dah post dalamni hahaha alahai. Nak buat macam mana. Fyi, aku ada lah juga bila bosan aku bukak blog aku baca post post blogger lain. Hahahah jadi silent reader. Aku pun tak berapa ingat kenapa aku tutup blog aku dulu. Mungkin sebab dulu aku tak pandai manage masa, yelah aku kan student sekolah lepastu rasa macam budak budak sangat masatu. Huhuhu. Sekarang rasa macam dah lapang sikit kan. 

Lepas spm last year, aku taktahu nak buat apa. Aku kerja lah sekejap dekat satu kedai makan ni. Sekejap jelah, pastu menganggur kat umah sampai lah sekarangni. Bosan sangat. Kawan kawan aku semua kerja. Nak buat macam mana. Aku nak cari kerja area sini pun tak dapat dapat. Maybe sbb nak suruh aku fokus kat belajar dulu kot! Padahal aku tengah tunggu tawaran nak sambung belajar. Tapi duduk rumah pun aku okay je dapat spent time dengan family, tolong apa apa yg patut. hari hari kat umah nampak lah muka muka dieorang. Sebab yelah bila lagi, nnti dah smbung belajar jejauh rindu. ((kalau jauh lah kan)) hahaha, always think positive in any situation. Selagi ada masa kita guna dengan sebaiknya

Oh ya! lupa nak cakap, cantik tak wajah baru blog aku ni ? Haaa, blog aku ni hasil sentuhan Sis Hawa. 

Bagi aku, kena sangat dgn selera aku. Aku suka simple je. Tengok hasil kerja sis hawa pun boleh tahu sis ni memang terror bab bab edit blog ni. Harga pun berpatutan. If korang nak tempah apa apa pasal blog, bolehlah contact Sis Hawa . Cepat je dia respond walaupun busy. Semoga sentiasa murah rezeki sis hawa :))



2 comments:

Feel free to comment what ever you want and Leave your footprints here so that I can visit you back! Thank you :)