''Borrow''


Assalam, Last weekend, I scrolled my twitter and saw this statement. Lama juga aku tenung. Aku suka sangat dengan statement jujur macamni. Mungkin ada lah dikalangan korang yang suka mengamalkan tabiat meminjam. Bagi aku tak salah pun nak meminjam, dulu kekecik, aku suka kongsi and bagi pinjam apa yang aku ada tak kira lah ngn tablemate aku mahupun jiran kelas sebelah ((zmn zmn chilhood dulu dulu)) walaupun dia pulangkan balik dah tak serupa barang dah hahaha. Yelah sebab bebudak lagi, bagi jelah segala hape yg ada kalau boleh kannnn. Tapi tu dulu, zaman kanak kanak riang, bila dah dewasa sikit ni dia jadi mcm sensitif sikit. Nak bagi pinjam kat orang pun even kawan paling sayang sekalipun dok fikir beribu kali hahaha. Bukan apa, yang takutnya bila dah pinjam tak pulang balik ataupun barang yang dipinjam tak sama dengan keadaan asal ataupun dia pinjam barang kita lepastu hilang macamtu je. Bila dah jadi macamtu, mesti rasa macam taknak bagi pinjam lagi kan?  


Aku jenis yang segan nak meminta minta dari orang ni lebih lebih lagi nak meminjam, kecuali kalau dah terdesak ya amat. Segan wei, tapi taktahulah ada juga segelintir manusia yg boleh pula amalkan gaya hidup suka meminjam something from others tanpa rasa segan silu. Banyak kali pulak tu. I think you should put yourself in their shoes. Pernah tak terfikir macam mana susahnya orang tu nak dapat kan sesuatu tu? Mesti dia usaha untuk dapatkannya. Tak kisah lah sama ada dia beli guna duit dia sendiri ataupun minta daripada parents. Itu salah satu usaha jugakan? Dan kau pula, bila dah pinjam dari dia janganlah rosakkan ataupun hilangkan. Menangis kawan korang nnti. Appreciate it please..... macam mana kau pinjam, macamtu jugalah keadaannya bila kau pulangkan balik barang dia. Ok? Barulah senang sikit hati kawan awak tu. But more than 3 times, beli untuk diri korang sendiri, okay? Takpayah pinjam pinjam lagi. >< Usaha sendiri, beli sendiri, guna sendiri dan kita pun akan happy, tak percaya silalah cuba hahaha. Okay dadaa ~~

4 comments:

  1. Setuju dengan statement tu...Kalau jenis kedekut tu, lagilah tak payah meminjam barang orang. Wujud jenis ni,dia punya kedekut, orang punya nak buat harta,hahaha.

    ReplyDelete
  2. ckp pasal pinjam meminjam ni. jaja ad kawan yg jenis xsuka pinjam brg org dan xsuka org pnjm brg dia. but kena memahami la kan, style dia mcm tu. as long as kita sndiri tahu mcm mana nk pnjm brg org kann. btw hi izzah :)

    ReplyDelete
  3. sy suka pinjamkan brg kat org kalau dia pulangkan dengan baik dan xda cacat cela.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep! Kita pun jadi tak kisah nak bagi dia pinjam lagi kan. hehe

      Delete

Feel free to comment! :)