Salam Ramadhan Kareem



Assalamualaikum, 
Pejam celik pejam celik, esok semua umat islam akan berpuasa. Yep, kita dah pun masuk bulan ramadhan. Malamni pun dah start terawih. Ya Allah, cepatnyaaa masa berlalu.... Seriously, rasa cepat sangat. Dan aku pun macam..... 


''Laaa, bukan semalam baru tahun baru ke?'' 
''Bukan haritu aku baru spm ke?''
''Haritu baru je sambut birthday kan?''
''Eh, aku rasa macam baru haritu aku counting days untuk puasa tiba tiba esok dah puasa?"


Haaaa, sudah. Yang last tu paling over sekali. Hahaha. Kalau korang perasan, masa berjalan dengan begitu pantas sekarang. Kau sendiri pun sampai tak sedar. Tup tup, dah penghujung bulan 5. 2017 pun dah hampir setengah tahun. Macam mimpi pun ada tapi tulah realitinya. Aku pun taktahu lah apa yang aku dah lalui selama hampir setengah tahun ni. Apa yang aku dah buat. Sama ada perkara berfaedah atau sebaliknya. Harapnya yang baik baik jelah. :')



 Air paling cepat habis...

Okay, bila dah masuk bulan puasa ni, apa yang korang paling tak sabar? Ofcourse laa paling tak sabar untuk berbuka :p Hahaha, going to bazaar ramadhan is a must. Paling suka tengok air-air yang dijual kat bazaar. Menggugat keimanan betul. Kemain bermacam-macam warna ada, Kau pilih jelah mana kau suka. Semua ada. Padahal masa bukan bulan puasa, Kau jeling pun tak dekat air tu? Haaaa. Haahaha.Tak kurang juga makanan yang dijual kat bazaar. Aku paling suka beli murtabak, kuih tepung pelita, popia sira (yang kaler merah tu) and ayam percik. Heaven betul dapat makanan dan minuman yang sedap sedap time bulan puasa ni. Tapi satu je nak pesan, Jangan membazir dan jangan beli ikut nafsu. Kau beli banyak banyak lepastu tak makan and tak habis. Haih, Nafsu masa bulan puasa ni memang tinggi betul, Kau sendirilah yang kena kawal. Syaitan dah kena ikat. Kalau kau beli banyak-banyak and nak sedekah kat jiran-jiran atau orang yang tak mampu. takpa. Dapat juga pahala :) Memang tak dinafikan, bila bulan puasa ni semua makanan yang kau nampak dari jalan hujung sini smpai laaa ke jalan hujung sana semua nmpk sedap dimata kau. Tapi berpada-pada lah ya. just beli makanan yang kau rasa kau nak makan and yang perlu je. Ok? Tak salah pun berjimat. 


Nampak pulut panggang disitu ^^ 

Bulan ramadhan jugalah bulan untuk kita berehat dari kesibukan dunia and focus on our ibadah. Orang berlumba-lumba nak kejar pahala dalam bulan ramadhan ni lah :) Setiap kebaikan yang kita buat Allah kira. Rebutlah pahala sebanyak mungkin selagi kita masih ada ruang dan peluang. Rugi betul kalau kita masih leka dengan dunia. ((pesanan buat diri ini juga))



Nah niat puasaa :)


Okay bye! Salam ramadhan kareem :) Selamat bersahur and selamat berbuka everyone! ^^ 



By : Izzah Alya

14 comments:

  1. selamat berpuasa!
    sedapnya tengok kuih muih dl, gambar tu, nasib baik dah berbuka hehe

    ReplyDelete
  2. Ramadhan Kareem buat Alya sekeluarga

    ReplyDelete
  3. Selamat menunaikan ibadah puasa ^^

    ReplyDelete
  4. Salam ramadhan! Moga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelum ini.

    Btw, jom singgah blog saya.

    pastelred.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Salam Ramadhan Izzah! Thanks for strolling around my blog :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pleasure ^^ salam ramadhan juga syara! :)

      Delete

Feel free to comment! :)