Alfatihah buat arwah isteri cikgu

 
Innalillahiwainailaihirajiun. Pagi tadi dapat berita yang isteri kepada salah seorang cikgu tingkatan 6 sekolah aku telah pergi menghadap illahi. Alfatihah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Harini memang hari yang menyedihkan buat cikgu, kitorang dekat sekolah pun dapat rasa kesedihan tu. Ya, mula-mula memang rasa macam susah nak percaya. Tapi tulah hakikatnya. Aku boleh bayangkan perasaan cikgu, perasaan anak-anak cikgu. Perasaan hilang orang yang paling sayang dalam sekelip mata :'< Dan yaa, selama hampir satu semester aku dekat tingkatan 6 ni, cikgu aku ni selalu cerita pasal isteri dia dan anak-anak dia kat dalam kelas. Cikgu aku ni jenis yang sporting dan ramah. So dekat kelas, kitorang pun macam teruja je dengar cerita cikgu siap gelak-gelak lagi sebab seronok dengar cikgu aku ni cerita pasal family dia. Cikgu aku ni pun kadang cerita pasal isteri dia kat kitaorang. Sebabtulah kitorang satu kelas ni rasa macam speechless dan rasa macam taksangka dan ofcourse sedih sangat bila dapat tahu isteri cikgu dah tak ada walaupun belum pernah jumpa (pernah tengok dalam gambar je) :( :( 


So lepas habis sekolah tadi, kitorang decide nak pergi ziarah cikgu dekat rumah dia. Dapat lah jumpa cikgu sekejap. Then, cikgu cerita lah macam mana isteri cikgu boleh meninggal, sakit apa. Masa ni kawan-kawan aku ada yang dah berkaca dah mata diorang. Aku pun takboleh tahan meleleh jugak wei :'( Yang lagi sedih, bila nampak gmbar dekat instagram cikgu, yang cikgu aku ni baru spent time dengan family dia, dan sambut anniversary 3 hari yang lepas. Allahu sedihnyaa. Lagi-lagi bila bayangkan anak cikgu yang baru umur 4 tahun tu. :') Aku harap cikgu dan anak-anak cikgu kuat.


Sungguh, perancangan Allah tak ada siapa yang tahu, Ajal tak kenal usia. Giliran kita pula, Mungkin esok? Lusa? Minggu depan? Kita hanya perlu bersedia. Assalam.



Love:
IzzahAlya

2 comments:

  1. al-fatihah :) takziah buat cikgu awak

    -https://shafyqahazahar.blogspot.com/

    ReplyDelete

Feel free to comment what ever you want and Leave your footprints here so that I can visit you back! Thank you :)