Sebuah Harapan.




Aku duduk bertelaku,

Mendongak ke langit,

Penuh rasa hiba di dada,

Kerdil sungguh rasa diri ini,

Dalam-dalam aku fikir,

Lalu ku persoalkan,

Mengapa rasa ini perlu menerpa dihati?




Sekuntum bunga telah kau beri,

 Kaca pula sebagai ganti,

Sekeping hati terluka kini,

Ku pasrahkan jua segala yang terjadi,

Perlulah selalu aku sedari, 

 Kesempurnaan itu tidak seorang pun miliki,

Hanya sempurna tuhan saja aku pasti.




Lelah dan penat,

Pahit dan perit,

Seorang diri aku tanggung,

Hanya tuhan tempat mengadu,

Segala rasa yang melanda jiwa,

Dengan kata tak mampu ku luah,

Kerana tiada siapa mengerti.





Jika sifat manusia bikin kecewa hati,

Perlu saja kau ingati,

Sekeping hati dipegang Sang Pencipta,

Mohon lah selalu pada si DIA,

Agar diberi selalu rasa bahagia.





Lalu akhirnya kau sendiri mengerti,

Kecewa itu kau cipta sendiri,

Harapan segunung mudah kau beri,

Kelak akhirnya,

Kau sendiri tertunduk mati.


  

Berpadalah dalam memberi harapan, 

Kerana huluran yang kau beri,

Tak semestinya disambut nanti,

Teruskan berjalan,

Berharap sentiasa pada Yang Esa,

Kerana hanya secebis harapan pada Dia; Sang Pencipta,

Kau takkan pernah merasa kecewa ❤



Love : Floralyaa

4 comments:

Feel free to comment what ever you want and Leave your footprints here so that I can visit you back! Thank you :)