Perjuangan


Bila kita cakap pasal struggle, kita kena tahu semua orang ada struggle dia yang tersendiri. 

Tak kisah lah tentang apa sekalipun or dalam apa jua keadaan pun. Kau takkan nampak struggle orang. Hanya orang yang berada dlm situasi tu je tahu. Yes, sebab tulah kadang kadang kau kena selalu letak diri kau kat tempat orang. Kau takboleh terus jump into conclusion. Common sense tu perlu ada.

Tipu lah kan kalau aku cakap yang aku takda perasaan macamtu. Aku pun selalu menilai dari apa yang aku nampak je walaupun hakikatnya tu sebaliknya.

Ala dia tu memang gifted, tak baca buku pun boleh score

Padahal kau tak tahu pun, dia selalu habiskan masa dia kat library lepas habis class, jumpa lecturer tanya itu ini, korbankan masa tidur dia untuk study. Yang kau nampak bila dia dah berjaya je. Segala keperitan dia kau taktahu.

Kerja dia tu senang je, duduk dalam office ada aircond lagi tahu tahu dah dpt gaji

Hakikatnya kau taktahu dia punya struggle, fizikal dia tak banyak bergerak tapi otak dia berjalan tiap masa, duduk depan komputer dan fikir macam macam perkara utk make sure kerja dia settle. Penglihatan pun boleh terjejas ok kalau tengok komputer lama lama. Tu belum lagi sakit sakit satu badan. Kau taktahu segala struggle dia dan kau pula buat penilaian sendiri. Mana ada kerja yang mudah kan?

Ada jugak orang struggle untuk lupakan kisah silam/ kenangan/ orang yang dia sayang misalnya. Kau kena tahu yang setiap orang ni tak sama, ada orang hanya ambil masa seminggu je, terus boleh move on and jalani kehidupan mcm biasa tapi ada yang makan masa berbulan bulan utk lepaskan semuanya, yang sampai bertahun pun ada jugak. Semua tu bergantung pada diri masing masing. So takbolehlah kau cakap "Alaa lupakan jelah, ramai lagi orang lain kat Malaysia ni yada yada ~" Walhal kau tak ada pun kat tempat dia and taktahu pun apa yang dia dah lalui. Kau ingat semua tu mudah ke mcm kau makan kacang? *sis emo kejap* 

Mungkin dia dah cuba utk buang perasaan tu jauh jauh. Aku tahu semua orang mencuba. Kita taktahu pun mungkin setiap hari dia doa dan mintak dkt Allah supaya hilangkan perasaan tu, struggle nya dia buat benda benda yg menghappykan diri dia misalnya pergi window shopping ke, tengok wayang, jogging, panjat gunung and mcm mcm lagi lah hanya utk lupakan semua tu. Lain orang lain caranya. Aku tahu bukan mudah nak bangkit dari kekecewaan. It may take sometimes to heal.  

  Sebab hidup kau dan dia berbeza :)

Bagi aku, kau akan lagi kenal erti bersyukur bila kau tak membanding- bandingkan hidup kau dengan orang lain sebab semua orang ada struggle dia yg tersendiri. Kau kena pandang semua ni dari semua sudut. Bila kau nampak hidup dia senang tak semestinya dia tak pernah rasa susah. Kau cuma tak nampak keseluruhan hidup dia:) 

Begitu juga dengan diri kau sendiri. Orang lain tak nampak, cuma kau yang yang tahu dan rasa. Jatuh bangun susah senang kau hanya kau dan Tuhan je tahu. Yang pasti, tak ada benda yang mudah dalam hidup ni. 

Dunia tempat berpenat, Akhirat tempat berehat


So for those yang tengah berjuang tak kisah lah dalam situasi dan keadaan apa sekali pun, teruskan dan kuatkan semangat okee! Chaiyok! InshaAllah dan moga Allah permudahkan segalanya. Mohon doakan diri ini jua sebab perjalanan diri ini masih jauh :'D

Sekian saja coretan kali ini. Just my 2cents ok. Panjang pulak aku membebel kan hahaha yelah lama tak muncul kat sini ghindu pulak :p Ok jumpa lagi and tq fr reading!


Love :
Izzah Alya

12 comments:

  1. Betul tu. Kadang-kadang tu sedih bila orang tak faham setiap kesenangan yang kita ada pasti ada usaha dan kepayahan disebaliknya.

    ReplyDelete
  2. Terus terasa sampai ke tulang bila baca post ni.
    Tqa memang tak kerja dah hampir 4-5 tahun. Semua kawan2 sekolah cakap "untunglah goyang kaki duduk rumah, nak iphone dapat, nak macbook dapat, nak itu ini semua dapat."

    But little did they know, Tqa duduk rumah bukan goyang kaki. Arwah ibu menghidap dementia then dia dapat dead brain cell, so macam jaga baby. Ayah pulak tahun lepas di-diagnosed with satu penyakit yang takde cure. So bila orang tak faham struggle kita yang tido tak lena, sentiasa hidup dalam kerisauan, agak terkilah jugak and kalau boleh taknak canang kat orang so Tqa hanya mampu senyum je lah bila dorang asyk cakap "tqa duduk rumah goyang kaki besarkan perut."

    Lain orang lain struggle dia. I love this post.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu sis :') Sorry to hear that. Alfatihah to your mum. Walau apa pun tanggapan orang pada awk, moga sentiasa kuat semangat sis! I know you're strong the way u are. Dan moga dipermudahkan segala urusan inshaAllah :) <3

      Delete
  3. selalu menangis kalau cakap pasal strugglenya nak belajar dahla diri slow susah nak paham :')

    ReplyDelete
  4. Hakikatnya orang lebih suka buat andaian dari apa yang dia nampak depan mata.

    ReplyDelete
  5. Obsolutely agree! orang tak pernah nak pandang jerih-perih dan proses yang kita lalui sebelum kita dapat capai sesuatu. Orang hanya nampak kejayaan apa yang kita capai je.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda #573

    Jom follow blog www.iyaseo.id

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete

Feel free to comment what ever you want and Leave your footprints here so that I can visit you back! Thank you :)