Salam Ramadhan 2021

 Assalamualaikum, 

Ahlan Wa sahlan!


Salam Ramadhan Kareem everyone! 


Sekejapnya masa berlalu, dah masuk bulan ramadhan dah kita. Alhamdulillah kita semua masih diberi kesempatan untuk bertemu dan menjalani ramadhan tahun ini. Moga kita dapat memperbanyakkan lagi ibadah, mengisi masa-masa kita dengan berzikir, bersedekah, melakukan banyak kebaikan dalam bulan puasa ni dan tinggalkan perkara-perkara yang tak berfaedah! Semoga segala amalan kita diterima Allah SWT. Aamiin inshaAllah! Moga istiqamah semuanyaaaa. <3 


Jangan lupa niat puasa ramadhan okay : 


Wishing all of you a joyful and blessed Ramadhan, moga dipermudahkan segala urusan sehari-harian dan moga kita semua terus bersemangat ok! Mohon ampun maaf salah dan silap dari saya juga :) Have a great ramadhan everyone! 

Izzah Alya 

Weekend mood.


Missing my blog. 
Dah berapa minggu tak update. 

Thank you lah for those yang masih sudi menyinggah ke blog saya walaupun dah berapa minggu tak update pape :') (ᵔᴥᵔ) 

Hahaha busy online class ni, assignment semakin berlambak. Ni baru masuk week six tauuu. Mohon cepat cepatlah habis semester ni. 

Online class ni lagi memenatkan dari physical class ya. Mentally and physically drained. Both student and lecturer. Hmm kalau nak borak pasal ni memang panjang lah cerita dia. 

And yeah, I know that we all struggle with different things in life. Tahun 2020 ni bukanlah seperti yang dibayangkan. Tahun ni tak macam tahun sebelum ni. 

Kalau kita baca ramai jugak dekat luar sana yang hilang kerja, tak cukup duit nak makan, dengan nak tanggung family lagi.. Hmm masing-masing hadap macam macam jenis masalah. Lagi teruk pun ada yang kita sendiri tak jangka:') 

Bila kita rasa kita susah, sebenarnya kita takdalah susah mana pun kalau nk dibandingkan dengan orang-orang kat luar sana yang hadap ujian lagi besar dari kita. 

Kita ni asyiklah rasa kita jelah terpaling susah dalam dunia ni yang Allah uji. Padahal tak pun. Kat luar sana ramai, ramai sangat yg lagi susah. Cuma tulah kita je taktahu and kita taknampak semua tu. Mungkin tak berlaku dekat depan mata kita. 

So kuncinya adalah BERSYUKUR.  

Aku doakan semoga urusan semua orang dipermudahkan, moga sentiasa dimurahkan rezeki. Aamiin ya rabbal alamin... 

Semoga pandemik covid-19 ni segera pulih dan kita boleh lalui hari hari seperti biasa. 

Doakan jugak aku dipermudahkan untuk buat segala assignment dan dapat habiskan semester ni dengan jayanya hehe aamiin! 

Tq all. Bye. 
Love : 
Izzah Alya

Ice cream Hokkaido Puff!

Semalam lepas balik kampung, memang plan nak pergi Shah Alam kejap singgah kedai ice cream ni. Hahaha semata tau aku ni. :P 

Ice cream hokkaido puff ni yang aku tahu memang femes dekat Ipoh. Tapi taktahu lah kalau kalau memang ada bukak dekat tempat lain. 

So... aku pun baru tahu kedai ni ada branch dekat Shah Alam, baru sebulan lebih beroperasi! 

Hahahaha. Aku pun berkesempatan la untuk mencubanya :D 

Jadi, aku pun order flavour raspberry and kakak aku pulak order flavour cookies and cream without topping. 

Ada banyak lagi perisa lain sebenarnya contohnya yam, strawberry, grean tea, choc & lain lain lagi. Menu lain pun ada okay boleh tengok kat bawah ni. 

Overall, sedap! Berbaloi jugaklah dengan harganya so aku nak rate 4.5/5!

Actually, aku suka puff dia lembutt lembutt rangup gituww. Memang padan lah kalau kau makan dengan aiskrim time time panas begini. Nyummsss!

Boleh lah aku repeat lagi nanti~ hehehe

So siapa yang duduk area Shah Alam yang belum tahu kewujudan kedai ni haa boleh lah singgah kay, pekerja kedai ni pun ramah jeee :D 

Aku bagi shop address siap-siap ehh.


Address :  

LG-03, Menara U2, Jalan Boling Padang, 13/62 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia

013-6707440

Operating Hour :

Monday - Friday : 3pm-9pm

Saturday - Sunday :11am-9pm


Kalau tak jumpa jugak cari je Aeon Shah Alam dgn MSU, kedai ni area-area situ je hehehe. 

Okay bye guys thank you singgah. :D

Love : 

Izzah Alya ❤️