TIPS : Cara hilangkan lingkaran hitam bawah mata.


Siapa yang ada masalah lingkaran hitam bawah mata? senang cerita mata panda lah. Ingat korang je ke ada? aku pun ... lagi lagi bila dah sekolah pagi ni rasa macam tak cukup tidur sebab aku memang suka tidur lambat, pepagi bila bangun tengok cermin mesti ada. ok disebabkan kerajinan aku .. aku nak share petua ni. Jom atasi masalah dengan petua petua dekat bawah ni :-

• Basuh uncang teh yang telah digunakan dan simpan ke dalam peti sejuk selama 10-15minit. Letakkan uncang teh yang sejuk di atas mata. Biarkan selama 15-30 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.


• Bancuh sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan adunan tersebut pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya.


• Sapukan minyak sapi pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci muka hingga bersih. Amalkan selalu sebelum tidur.


• Campurkan perahan jus lemon dengan sedikit air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata dua kali sehari. Lakukan setiap hari sehingga mendapat hasil yang memuaskan hati.


• Kupas, bersihkan dan potong kentang nipis-nipis. Lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.


Selain daripada tu, kalau korang taknak nampak mata panda tu lagi ...... korang jangan lah tidur lambat macam aku ni. Biasakan tidur awal *nasihat untuk diri sendiri okk* and lagi satu! banyakkan minum air kosong ok bye assalamualaikum. ^^

3 comments:

  1. wahhhhhh thanks sangat ! act dah lama cari tapi tak tahu apa nama kekek minta jenput komen entry ini sekali ye http://ifharzcho.blogspot.com/2014/01/pyeongdenimtemplate.html

    ReplyDelete
  2. leyla ada mata panda ni . xpi malas nk buat seme ni . huhuhu

    ReplyDelete

Feel free to comment what ever you want and Leave your footprints here so that I can visit you back! Thank you :)