The precious experience.

Salam, untuk mengisi kekosongan hari hari aku, aku ada lah buat kerja amal sikit iaitu ajar budak budak mengaji kat rumah. Daripada aku buang masa tak buat apa dekat rumah, why not? Lagipun aku mengajar anak anak jiran aku je, yang duduk area area rumah aku. Aku gunakan segala ilmu  yang ada ni and apa yang pernah aku pelajari. Aku takda lah pandai mana, tapi kalau ajar budak budak basic mengaji iqra' ataupun surah surah lazim, inshaAllah aku boleh. Sebenarnya, bukan mudah dan bukan juga susah untuk ajar budak-budak. Sedang sedang je gitu~ok, budak-budak yang aku ajar ni ada lah dalam 7 orang. Sikit je kan tapi dah nama pun budak-budak, dia punya ragam tu jangan cakap lah hahaha macam-macam. Kalau budak yang memang tengah rajin ni memang rajin sangat. Takpayah suruh bukak iqra' and baca doa pun dia dah buat dulu and dah ready dah. Okay ni bagus kihkih. Pastu kadang pulak, ada yang tetiba malas nak mengaji, ada sekali tu menangis pulak dia bila disuruh mengaji alahai hahaha belum lagi yang mengaji main-main ni haaaa ni yang nak kena ni :p nasib baiklah aku ni tak garang wei *yeke*.  Baik tu baik jugak tapi kadang-kadang geram jugak dengan budak-budak ni. Tapi nak marah pun tak sampai hati. Serius wei~Tengok telatah dieorang ni terus tak jadi nak mengamuk hahaha. 






So, based on my experience lah kan, ada budak yang jenis gifted. Sekali ajar je dah faham & lancar. Bagi aku, mungkin atas faktor persekitaran. Mungkin ibu dan ayah dia bagi sepenuh perhatian kat anak-anak dieorang ni. Sebagai contoh, parents dia bagi tunjuk ajar kat rumah, ajar solat dan mengaji, temankan anak-anak buat homework, dan sentiasa meluangkan masa untuk anak-anak. Jadi, anak-anak pun akan rasa dihargai dan disayangi ecehhh. Yelah budak-budak kan, ofcourse lah nak perhatian dari ibu bapa. Kita yang dah tua bangka ni pun masih lagi nak manja-manja dengan parents kannn kahkah. Dan, ada jugak jenis budak-budak yang aku kena tunjuk dan ulang satu persatu, and then baru dia boleh baca. Tu pun nanti esok dah lupa balik dan aku kena ingatkan. hahaha normal lah tu.



Macam macam cabaran sebenarnya bila mengajar ni. Dari sini, aku dah boleh rasa feel macam mana seorang guru ni mengajar berpuluh-puluh orang murid dalam satu masa atau mungkin sampai beratus orang murid. Fizikal dan mental memang kena kuat. Tu belum lagi nak kena kawal tingkah laku & perangai setiap sorang. Nak jadi seorang guru ni amatlah memerlukan kekuatan dalaman dan kesabaran yang tinggi dalam diri. Kalau takda kesabaran dalam mendidik ni, faham-faham jelah apa yang akan jadi. But for me, i don't mind pun. Selagi aku berupaya nak ajar budak-budak ni, aku akan buat sehabis boleh. But overall, Seronok rupanya ada pengalaman macam ni. Dapat bagi ilmu, dapat perbaiki apa yang patut. And I enjoyed every moments ^^ Apa yang paling penting diri kena ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara. Jangan buat sebab terpaksa, memang tak jalan. Tak berkat pun ya jugak. Niat tu nombor satu ok. :)) dadaaa~~



Alhamdulillah




4 comments:

  1. Saya tertarik dengan point awak pasal anak gifted, saya mengaku sy 'macam' dalam golongan budak gifted ni, sekali ajar terus faham, sekali hafal terus masuk, hafal berbuku2 pun tak lupa2 so bila dah faham confirm tak da soalan nak dilontarkan (ini yang buat mcm lemah sikit sbb otak tak leh nak kaji lebih) Sebenarnya susah jugak bila jd budak gifted sbb rasa 'taknak gagal' sebab tak pernah rasa kegagalan semuanya kena perfect so susah sgt bile nak hadap challenge besar2, thats what i feel lah, org lain tak tahu :).

    So takpa kalau anak2 tak jadi budak gifted pun, itu lebih baik bg sy sbb rase nak usaha tu lebih lagi, lagi kuat cabaran lagi kuat mental fizikal. :) Yang penting jangan putus asa ajar anak2 mcm ni, jangan marah2 kat depa sebab susah nak hadam ajaran, jadikan ia satu cabaran buat anak2. Teruskan usaha murni awak as cikgu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis Shaf! As what you said, ya. setuju dengan pendapat awak. Allah bagi kelebihan dekat semua orang lain lain. Macam awak, awak cepat tangkap sekali ajar terus faham, tapi tak bermakna orang macamni takda kelemahan kan? Kita sendiri yang rasa and nampak dan mungkin org lain tak nampak. Orang hanya nampak sisi positif kita shj and people dont know how struggle we are actually. Takpa awak teruskan usaha ya! ((maaf baru perasan komen hihi))

      Delete
  2. my friend cikgu dekat sekolah menengah di Ipoh. selalu sangat cerita pasal dia punya day macam mana and seorang cikgu ni sgt lah kena sbr. mcm awk ckp, ad yg gifted, ad yg kena ajar banyak kali bru okay. so sngt sngt kena sbr. tp kerja cikgu ni mulia kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep, saya setuju sis. kesabaran tu perlu ada dlm diri tak kira lah apa pun yang kita buat. kerja cikgu ni mulia sangat. dunia akhirat kita dapat sebenarnya :)

      Delete

Feel free to comment what ever you want and Leave your footprints here so that I can visit you back! Thank you :)