#2 Syukur



2017.
Aku mahu katakan, 
Tahun itu,
Mungkin satu tahun yang baik dan sempurna, 
Buat setiap insan,
Tidak kurang juga,
Tahun yang penuh dengan liku-liku, 
Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, 
Aku pasti,
Setiap daripada kita,
Merasakan pahit dan manisnya yang tersendiri,
Yang berbeza-beza dari segi bentuk mahupun rupa.


Alhamdulillah,
Terima kasih ya Allah, 
Terima kasih untuk segala-galanya,
Terima kasih untuk segala kenangan, 
Terima kasih untuk segala memori, 
Terima kasih untuk segala suka dan duka,
Terima kasih untuk segala pertemuan, 
Terima kasih untuk setiap perpisahan,
Terima kasih untuk mereka yang menerima kekurangan diri ini, 
Terima kasih kerana mampu bersabar, 
Terima kasih kerana mampu bertahan,
Terima kasih untuk mereka yang masih setia disisi, 
Terima kasih juga kepada mereka yang memilih untuk pergi,  
Terima kasih kerana terus memberikan aku kekuatan, 
Terima kasih juga kerana memberi aku peluang untuk terus sujud kepadaMu,
Terima kasih kerana masih beri aku peluang untuk terus bernafas hingga ke hari ini,
Terima kasih ya Allah.


Maafkan aku, 
Maafkan aku jika aku tidak khusyuk ketika solatku,
Maafkan aku andai aku terlampau leka dengan duniawi, 
Maafkan aku andai aku selalu menuturkan bahasa yang kasar, 
Maafkan aku andai aku selalu memberontak,
Maafkan aku andai aku selalu menyakiti,
Maafkan aku andai aku sering mengeluh, 
Maafkan aku jika aku tidak bersyukur,
Maafkan aku andai aku kurang memberi,
Maafkan aku jika aku selalu membanding, 
Maafkan aku andai aku terlampau sombong dan angkuh denganMu, 
Maafkan aku andai aku sering melupaiMu,
Maafkan aku yang sering melakukan dosa.


Sesungguhnya,
Aku hanyalah seorang insan biasa,
Yang penuh kekhilafan,
Dan takkan pernah lari daripada membuat silap.


Moga 2018 memberi sinar baru dalam hidup setiap daripada kita. 
Moga kita dapat baiki setiap satunya,
Moga kita dapat melakukan lebih banyak amal kebaikan. 
Moga kita dapat lakukan banyak perubahan dalam diri kita. 
Dan moga kita lebih cemerlang didunia dan diakhirat,
Amin!


Semoga yang baik-baik sahaja menanti kita semua :D 


Love:
Floralyaa

Reading Mood On

[Short Entry]

Salam, harini baru berkesempatan nak jenguk blog. Feel dia macam lama sangat je aku tak ke sini padahal baru berapa hari. Hahahaha. Cuti dah nak habis. Seriuslah. Rasa. Macam. Tak. Percaya. Rasa macam kejap sangat masa berlalu tetiba nak buka sekolah dah. Feel pelajar sekolah masih melekat dalam diri ni disebabkan aku form six student. Kadang rasa bersyukur sangat sebab masih berpeluang rasa apa yang budak sekolah rasa walaupun tak sama. Hehehe. So disebabkan cuti dah nak sampai ke penghujungnya, aku macam terlebih rajin pula nak blogwalking and membaca. Aku kalau buka blog memang akan scroll reading list sampai 3-4 weeks ago sebab nak blogwalking punya pasal and baca tiap-tiap satu entry korang >< Kadang pernah sampai 1 month ago pun ada. Gigihnya seorang alya hahaha. :') Yang mana aku terlepas tu aku scroll balik sebab yelah mesti banyak benda yang aku terlepas nak baca hahaha. Aku fikir je nanti dah sekolah mesti busy dengan macam-macam benda. Entah-entah seminggu sekali baru dapat update blog. Tu yang sadis tu. So aku nak manfaatkan masa yang ada ni yang masih bersisa lebih kurang enam hari ni. Aku tengah rajin nak blogwalking ni. So korang, silalah tinggalkan link korang dekat comment bawah ni ataupun dekat footprint aku. InshaAllah aku singgah and baca satu-satu! ^^

 Okay bye guys! 

 Love: 
Floralyaa

Resepi Sagu Gula Melaka

Harini aku nak share resepi yang aku try buat haritu, percubaan pertama aku menjadi yeay! Untuk siapa yang rajin tu boleh lah try buat. Tapi so far, alhamdulillah sedap je aku rasa air tangan aku ni (masuk bakul angkat sendiri hahaha) rasa nak buat lagi pun hado :p dessert ni lemak lemak manis tau so kalau sesiapa yang tengah jaga badan tu mohon tengok je okay hahaha. Tapi kalau makan sekali sekala okay je~ takkan naiklah berat badan tu hahaha :D Ok jom tengok step-step dia....


 photo : facebook (aku nak nangis sbb taksempat snap dah habis) -.-


Bahan sagu :  

-1 cawan biji sagu (warna putih/ warna warni pun boleh) 
-1 liter air
-1 helai daun pandan (simpulkan)
-Pewarna kegemaran (kalau guna biji sagu warna putih)


Cara-Cara :

1- Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam (biar kembang). Kemudian, boleh toskan.
2- Didihkan air bersama daun pandan. Setelah mendidih, masukkan biji sagu and masak sampai sagu bertukar jernih. Air tu korang agak-agak lah ya takut sagu tu cair sangat pula nnti. 
3- Tutup api dan biarkan seketika.
4- Toskan sagu dan bilas dengan air bersih supaya kanji dia keluar.
5- Titiskan warna kegemaran dan kacau rata. 
5- Tuang ke dalam acuan yang korang suka. Masukkan dalam peti sejuk untuk disejukkan. 


Bahan je sempat snap wei huhuhu.


  Bahan untuk manisan gula melaka :

-1 ketul gula melaka 
-1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
-1 helai daun pandan (simpulkan)

Cara-Cara :

1- Satukan semua bahan dan masak di atas api. 
2- Masak hingga gula larut dan pekat. Kemudian tapis. 
Bahan lain :

-1 cawan santan 
-1/4 sudu teh garam 
-Masak kedua-dua bahan tersebut diatas api.

atau 

-Susu cair


Cara menghidang :

Keluarkan sagu dari acuan dan curahkan gula melaka dan susu cair/ santan tadi. 
Makan sejuk-sejuk memang sedap sangat! :)


Okay bye, thank you for reading!

Love: 
Floralyaa
1 cawan sagu (dibilas dengan air dan toskan) 3 cawan air 5 titis pewarna sirap ros -didihkan air, masukkan pewarna sirap ros dan sagu. Masak dalam api perlahan dan sentiasa dikacau hingga sagu menjadi kembang dan hilang semua putihnya. Sejukkan dalam loyang. Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
1 cawan sagu (dibilas dengan air dan toskan) 3 cawan air 5 titis pewarna sirap ros -didihkan air, masukkan pewarna sirap ros dan sagu. Masak dalam api perlahan dan sentiasa dikacau hingga sagu menjadi kembang dan hilang semua putihnya. Sejukkan dalam loyang. Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
1 cawan sagu (dibilas dengan air dan toskan) 3 cawan air 5 titis pewarna sirap ros -didihkan air, masukkan pewarna sirap ros dan sagu. Masak dalam api perlahan dan sentiasa dikacau hingga sagu menjadi kembang dan hilang semua putihnya. Sejukkan dalam loyang. Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Cara Hilangkan Double Chin dengan mudah




Hai, harini aku nak share lah sikit beberapa cara nak hilangkan double chin. Kot-kot masih ada yang belum tahu boleh lah cuba cara-cara kat bawah ni. Kalau rajin buat inshaAllah berhasil ^ Ok jom buat sama-sama!



 1- IN AND OUT :

1- Bentukkan tangan anda seperti V dan letak ibu jari pada hujung rahang.
2- Pastikan jari lain berada di sebelah pipi.
3- Tolakkan muka ke hadapan perlahan-lahan.
4- Biarkan selama 30 saat dan tolak semula ke belakang.
5- Relaks dan ulang sehingga tiga kali.




2- JAW JUT :

1- Dongakkan kepala hingga memandang siling. 
2- Tolak rahang bawah ke depan hingga terasa streching di bawah dagu.
3- Buat kiraan selama 10 kali dan relaks semula rahang.
4- Ulang sehingga 10 kali.



3- THE KISS : 
 1- Dongakkan kepala sambil memandang siling.
2- Muncungkan bibir seolah-olah ingin mencium syiling selama lima saat.
3- Relaks dan tegakkan semula kepala.
4- Buat sehingga 15 kali.



4- STICK IT OUT :

1-Pandang ke depan dan buka mulut luas-luas.
2- Jelirkan lidah perlahan-lahan dalam kiraan lima.
3- Masukkan semula lidah dalam kiraan lima.
4. Ulang sehingga 10 kali.


5- NECK ROLL :

1- Berdiri dan tundukkan kepala sehingga dagu mencecah ke dada.
2- Pusing kepala ke kanan perlahan-lahan dan biarkan sehingga kiraan 5.
3- Kembalikan kepala ke sisi asal.
4- Pusing kepala ke kiri perlahan-lahan dan biarkan sehingga kiraan 5.
5- Ulang semula dalam masa 30 saat.


6- TONGUE ON TEETH :

1- Berdiri dan buka mulut seluas-luasnya.
2- Selitkan hujung lidah di belakang barisan gigi bawah.
3- Hirup udara melalui mulut dan keluarkan udara sambil mengeluarkan bunyi "aaahhhhhh"
4- Lakukan selama satu minit, relaks dan ulang sekali lagi.


7- CHIN SLAP : 
 
1- Sambil pandang depan, tampar bawah dagu dengan belakang tangan perlahan-lahan.
2- Lakukan sehingga 30 saat.  


8- LAYING LIFTS :

1- Baring dan angkat kepala perlahan-lahan hingga dagu mencecah dada. 
2- Biarkan selama 10 saat.
3- Kembalikan kepala pada sisi asal. 
4- Ulang dua kali. 



Sumber : Facebook  


Thank you for reading ^

Love:
Floralyaa

Sem 1 done ~

 
Assalamualaikum, enam bulan lebih jugaklah aku bergelar pelajar form six ni. Banyak benda jugak yang aku dah tempuh. Tak dinafikan, kadang aku rasa macam lemah dan tak kuat. Sebab macam-macam benda yang aku nak kena hadap, yang aku kena lalui. Macam-macam benda yg aku rasa. Nama pun kehidupan, mestilah ada turun naik. Selagi yang namanya manusia, kita takkan boleh lari dari semua benda tu. Memang, kalau diikutkan hati aku ni, nak je aku berhenti. 'kalau' ok, tak buat pun. Hahaha. Walau apa pun yang jadi, aku kena teruskan perjuangan aku. Perjalanan masih panjang kot, takkan nak berhenti sebab benda yang remeh-temeh dan tak masuk akal. Fizikal dan mental pun kena kuat. Kalau tak, memang kau akan rasa cepat down dan mengalah.


Setakat ni, study aku semua okay je sebab baru sem 1 kan. Orang kata masa sem satu ni boleh main-main lagi sbb masih awal. Wei, memang tak lah. Jangan percaya cakap-cakap tu ya. Aku masa ni pun dah macam nak pecah kepala. Cikgu aku kata masa sem 1 ni lah student kena buat betul-betul. Sebab sem dua dengan tiga dkt form 6 ni lebih susah. So, result sem 1 ni lah yang boleh jadi penyelamat kpd result result sem lain. (paham tak? hahaha) Tapi kan, yang sedihnya aku rasa macam aku tak perform well je masa jawab exam stpm sem 1 haritu. Entahlaaa, mungkin sebab otak aku ni pun dah set macam ... "alah takpayah serius sangat leklu byk masa lagi" Haaa gitu. Pastu sekarang aku pulak yang menyesal sendiri bila mengenangkan segala paper yg dah dihantar tu. Allahu jangan begini sis, yang dah berlalu biarkan berlalu haish. :') Tapi takpa, fikir positive jelah kan. Lagipun ada setahun lagi untuk aku struggle habis-habisan dekat sini and banggakan ibu dengan abah :* Aku pun sekarang ni nak ubah mindset aku untuk tak lagi fikirkan benda-benda yang tak penting. Aku nak tolak tepi semua benda yang negative, just spread something positive and be a positive person. Benda yang aku rasa tak penting untuk di fikirkan, boleh letak tepi ataupun campak je jauh-jauh. Jangan asyik fikir sesuatu benda tu dalam-dalam sampai jadikan benda tu beban untuk diri kau. Tu yang jadikan kau tak happy and negatif je manjang. Just smile and be happy with your life. :)


Ni gambar masa dekat parlimen. Mesti korang taknampak mana cikgu mana student hahaha.

Okaylah jom tukar topik. Ni diaaaa classmates aku selama 6 bulan lebih dekat form six ni :p Mostly, diorang ni semua dari sekolah lain. Ada lah diantara diorang ni yang aku kenal and rapat sbb dulu satu sekolah. And ada jugak diantara diorang ni yang mmg satu sekolah dgn aku dulu tapi tak pernah bertegur. Pastu diorang be like "laaa kau dulu sekolah sini ke? Aku pun dulu sekolah sini tapi tak pernah nampak kau pun.." Aku pun cakap dalam hati ... "Eh dia ni kang, aku kenal kau kot and selalu nmpk kau kat sekolah dulu. Dah berapa tahun aku sekolah sini boleh pulak kau kata tak pernah nampak aku, pelik betul" -.- Tapi aku takda lah marah pun ahahaha. Salah aku juga taknak expose diri dulu hahaha. Then, mula-mula masuk class dulu memang masing-masing macam awkward, segan and malu-malu gitu. Yelah at first memang macamtu. Normal lah untuk semua orang bila pergi ke fasa baru. Tapi lama-lama kitorang ok dah, dah boleh bertegur and dah tak malu-malu macam dulu-dulu tu. Siap boleh jadi geng lagi wei. Even baru je berapa bulan dengan diorang, tapi aku macam dah boleh baca sikit-sikit perangai diorang ni. (mesti diorang terharu kalau baca ayat sweet-sweet aku ni hahaha) Moga kita dapat teruskan perjuangan kita dekat form 6 ni till the end dengan jayanya. ^^ Amin :)) p/s : Moga tak bosan jugak tengok muka ni kahkah.

Ok ni masa sambutan hari raya. Nampak tak kelas aku dipelopori oleh wanita :3



31 daripada 37. Teka mana aku? Hahahaha. 



Okay bye guys! Thank you for reading <3
Love:
Floralyaa 

Kdrama Review : The Package

Semalam aku baru je selesai habiskan drama The Package ni. Drama ni sebenarnya dah ditayangkan pada 13 Okt haritu dan last episode dia pada bulan 11, ada 12 episod sahaja. Aku baru berkesempatan nk tengok. So far, this drama was so nice.


Drama The Package ni mengisahkan tentang Yoon So So iaitu seorang tour guide yang bekerja dkt France. Dia jadi tour guide dekat France selepas ditinggalkan oleh suami dia. Actually, parents Yoon So So memang tak bagi dia kahwin dengan lelaki tu. Tapi dia lari dari rumah and tetap kahwin secara senyap-senyap dgn lelaki tu dekat France dan sekarang dia menyesal sbb tak dengar cakap parents dia. Dia pun teruskan hidup dia dekat France dan bekerja as a tour guide.Dan satu hari ni, dia jadi tour guide kepada satu kelompok pelancong yang datang dari Korea. Diorang amik pakej pelancongan ke France, Yoon So-So ni jadi tour guide diorang. Mereka semua ni ada kisah dan kerenah yang tersendiri. San Ma Roo (Jung Yong Hwa) pergi travel seorang diri, selepas bergaduh dan putus dengan girlfriend dia. San Ma Roo dengan Yoon So So ni jadi rapat bila diorang terserempak dan selalu jalan sama-sama dan berkongsi kisah hidup masing masing. Secara tak sedar diorang sebenarnya dah suka sama suka. ^^ Kim Kyung Jae (Choi Woo Shik) pula pergi travel ni dgn girlfriend dia iaitu Han So Ran (Ha Si Eun). Diorang ni dah bercinta hampir 10 tahun. Jung Yeun Sung (Ryu Seung Soo) ni pula bawa seorang gadis iaitu Na Hyun (Park Yoo Na) dan sembunyikan relationship diorang. At first, ada diantara mereka ingat yang diorang berdua ni ada affair, rupanya diorang ni pasangan anak dengan ayah. Oh Gab Soo (Jyung Kyu Soo) dan Han Book Ja (Le Ji Hyun) ni pasangan suami isteri dan mereka yang paling tua dalam kumpulan ni. Oh Gab Soo dlm drama ni jenis yang keras kepala dan agak baran jugak. Tapi isteri dia Han Book Ja, tetap setia dengan dia dan sabar dengan karenah suami dia. Han Book Ja ni sebenarnya ada kanser dan dia rasa macam sedihlah bila fikir dia akan tinggalkan suaminya sbb penyakit dia satu hari nnti. :') Dari tour ni lah mereka belajar sesuatu yg baru and walaupun pada mulanya diorang mcm tak sekepala tapi lama- kelamaan mereka semua jadi rapat mcm satu keluarga. :*


Main Cast : 


Lee Yun Hee as Yoon So So
  Jung Yong Hwa as San Ma Roo


Cast : 

 Choi Woo Sik as Kim Kyung Jae
  Ha Si Eun as Han So Ran
  Ryu Seung Soo as Jung Yeon Sung
  Park Yoo Na as Na Hyun
  Jung Kyu Soo as Oh Gap Soo
 Le Ji Hyun as Han Book Ja


Rating : 
9/10


Bagi aku cerita ni ada kelainan sikit drpd kdrama yg aku tengok sebelum-sebelum ni, selain drpd their funny elements, you can also feel the chemistry between the two leads (So so and Ma Roo). Kita jugak boleh hayati tempat-tempat yg unik and cantik dekat France, Europe ni sbb dia memang tunjukkan sekali tempat-tempat yg dieorang lawati tu. Sumpah seronok dan lawa sangat-sangat tempat kat situ mcm kita sendiri yg ada kat sana. Mana tahu lepasni ada chance nk pergi sana :p ((aminn)) So siapa yg belum tengok boleh lah download atau tonton dekat dramafire .


Okay bye, Thank you for reading :)) 
Love : 
Floralyaa

Resepi agar agar sirap laici



Assalamualaikum, yaaa. Harini terajin pula nak taip resepi ni. Resepi dessert yang sonang gila nak buat. Makan sejuk sejuk memang sedap wei. Okay ni step by step dia. 


Bahan-Bahan :


20gm agar-agar tali (satu paket)

5 cawan air
1 tin laici (yang ada buah tu)
2 cawan air tin laici (kalau takda just tambah air putih biasa 1 setengah cawan)
1 cawan gula (kalau manis sangat boleh kurangkan)
2 sudu biji selasih (ikut suka) - rendam dengan air panas
1  1/2 sudu sirap rose




 Cara cara :

1. Cuci dan toskan agar-agar tersebut.

2. Masakkan agar-agar dengan 5 cawan air hingga larut, then masukkan gula. Kacau lagi hingga gula larut. 

3. Masukkan 1 tin air laici dalam periuk, buah laici tu korang letak dlm mangkuk asing. Lepastu masukkan 1 cawan air tin laici tu pula. Bubuh sirap rose tu dan kacau hingga mendidih. 

4. Tutup api. Laici tadi tu korang bolehlah carit caritkan dia ikut suka dan bolehlah letak dlm acuan yang korang nak, dalam bekas pun boleh. Aku letak dekat dalam loyang je. Senang >.<

5. Tuang agar-agar sirap tu dalam acuan yang dah diletakkan laici tadi dan korang bolehlah masukkan sekali biji selasih yg dah direndam tadi. Letak dalam peti sejuk dan tunggu hingga beku.

6. Lepas 4 hingga 5 jam dah boleh keluarkan dan potong! sedap makan sejuk sejuk :p ^^


 Tara! Ni lah hasilnya.

Ok selamat mencuba! :) 
Love: 
Izzah Alya