Melawat G2G Animal Garden dan National Art Gallery


Ahad, 26 Januari 2020.

Mula-mula ingat nak pergi makan-makan je dengan Auni since kitorang pun lama tak jumpa.
Tapi dah alang-alang keluar tu kann... Cuti sem dia panjang sikit kali ni.
So kita try lah explore tempat baru pula XD 

Sebenarnya, ada lah beberapa tempat yang kitorang list kan. List lelebih tak jadi nanti hahaha.
Nak explore KL kononnya. 
Kalau diikutkan sehari memang tak cukup lah nak pergi semua tempat.
Tapi kita hanya mampu merancang, tempat yang beria kita plan tak visit pun. Tempat yang baru terfikir time tu pula yang kitorang pergi. 

Nama je orang Selangor tapi banyak juga tempat-tempat kat Selangor ni yang aku tak pernah jejakkan kaki lagi. 
Kadang-kadang tu tak tahu pun tempat tu wujud. Haha choii.

Ok first of all,
Dalam pukul 10 lebih macamtu,
Kitorang sampai dekat tempat yang first sekali nak pergi which is G2G Animal Garden, Maeps. 
Kalau dari rumah aku, lebih kurang 25 ke 30 minit dah sampai.

Tempat ni takda lah besar mana kalau nak dibandingkan dengan Zoo Negara kan, tapi worth lah bagi aku. 

Tak penat sangat nak berjalan kehkeh. 

Kebanyakannya yang datang sini semua mereka yang ada anak-anak kecil dan family-family lah.
Budak-budak kan suka tengok binatang & belajar tentang haiwan semua ni. 

Aku pergi sini sbb aku pun minat juga melawat tempat-tempat haiwan ni.  
Rasa best and tenang je. 
Aku rasa kalau haiwan-haiwan ni boleh bercakap, mesti dia happy bila tengok orang datang. 

Aku sempat ambil gambar-gambar ni random je. 
Tak ambil gambar semua bahagian pun, sebab lebih kepada enjoy the moment je... sis malas nak buka phone haha :p
So here we go ~
Cute je burung ni bila nampak aku snap gambar dia.
Ingatkan nak try lah pegang burung kakak tua ni. Tapi disebabkan ramai orang kat situ tengah pegang, so takjadi lah haha. 

Most of the parrot use their beak to climb the cage. Aku pun baru tahu. Ke memang cara dia macamtu? Haha i am not an animal expert. Can someone explain to me abt this? 
 Partner of the day sayaaa :D 
They ran away after saw us, hahaha.
Then, ni dekat rumah rusa. Dekat sini kita boleh bagi makanan kat mereka. 
Boleh beli dkt kaunter situ juga, RM1 satu cup.
Aku pun try lah bagi rusa-rusa ni makan, memang nampak lah diorang ni lapar time ni. Sampai aku pun mcm takut takut jugak nak bagi. Takut dia tergigit tangan aku pula haha :3
Bila tengok Ostrich kat sini teringat pula dekat "Puteri".
"Puteri" ni nama salah seekor Ostrich yang ada dekat Ostrich Farm, PD yang aku pernah melawat dulu. Comel je. :D

Actually ada banyak lagi haiwan. Ada kuda, ular, arnab, kambing, rakun, iguana and macam macam lagi lah. 
Tapi sis tak ambil gambar semua.
Overall kat sini memang seronok.
Masa aku pergi ni hari Ahad. Boleh tahan ramai juga, weekend katakan. Tapi takdalah sampai tahap sesak.

Harga entrance ticket kat sini untuk dewasa RM20.
Untuk kanak-kanak RM15. 
Kalau nak dapat discount and harga lebih murah boleh beli online dekat sini

Tempat ni dibuka setiap hari jam 10 am - 6 pm ( Tutup hari Selasa kecuali cuti umum )
So sesapa yang nak datang sini, boleh buka maps/waze sahaja tempat ni inshaAllah jumpa.
Dan more info just google je okay ;D

 Pintu masuk Balai Seni Negara.

Ok next!
Kita beralih kepada tempat yang seterusnya iaitu National Art Gallery atau Balai Seni Negara. Balai Seni Negara ni terletak di Kuala Lumpur. 
Galeri ni menempatkan banyak hasil-hasil seni. 
Lebih kurang macam muzium lah tapi kalau muzium yang aku tahu lebih menyimpan banyak khazanah-khazanah lama then memang ada nilai dia yang tersendiri. 
Kalau kat sini more to lukisan and ada banyak karya-karya masyarakat tempatan. But still ada nilai juga. Tu yang aku faham lah. Sorry kalau ada tersilap info.
Dan setiap lukisan/hasil yang ada ni, ada maksud dia yang tersendiri ok. 
Ok jom tengok satu-satu.  



Ni kalau korang ingat, filem filem yang pernah ditayangkan dulu.


Gambar orang-orang lama.
Katak (dalam skrin) with tempurung.
Sejenis QR code.?


Nampak ada muka A. Samad Said je kan kt sini? But actually ada banyak gmbr dalam satu lukisan ni. Salah seorang yg aku ingat, Dato Siti Nurhaliza. 
Za'aba atau Zainal Abidin Ahmad.

Sebenarnya dalam setiap karya ada desription dia yang tersendiri kt situ. 
Tapi aku tak dan pula nak ingat satu satu huhu.
Banyak lagi karya-karya sebenarnya kat sini.  

Just for your information, Balai Seni Negara:

 Dibuka : Setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang.
Beralamat di : No. 2, Jalan Temerloh, Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Okay thats all guys! 
Overall, i enjoyed this short trip with Auni so so much!
Oh well, actually aku drive sendiri tau pergi tempat-tempat ni. Sebab lagi senang, kalau naik public transport or ktm pun boleh. Tapi bagi aku macam susah sikit sbb ktm jauh dari rumah kitorang.


Lepastu sebenarnya niat nak singgah beli bunga dekat Lee Wah Florist. Alaa, kedai bunga yang viral sbb fresh flowers dia murah & bunga rose 12 kuntum RM20 je kat situ! Ingat nak beli bawak balik but sadly closed pula masatu :(  Aku lupa masatu kan CNY.
Dah sampai depan kedai tu tau masatu sampaiti haha sokay lah next time kita datang lagi ;) 
Hahaha.
Okay thats all. 
Tq for reading & hv a nice day everyonee :)) 
 Love:
Izzah Alya

Resepi kek coklat moist simple dan sedap !




Haritu teringin nak makan kek coklat. 

Aku kalau teringin terus cepat cepat nak buat. Lagipun resepi ni simple gila takyah susah susah beli, buat sendiri je okay. Budak budak pun boleh buat kehkeh. 

So ini dia resepi yang aku selalu guna untuk buat kek coklat ni :D

Paling simple and senang gilaa.  

Bahan-bahan yang diperlukan :
 
Tepung gandum 1 1/2 cawan (ayak)
Serbuk koko 1 cawan  (ayak)
Susu pekat 1 cawan 
Air panas 1 cawan  
Gula 1 cawan 
Minyak masak @ minyak jagung 1 cawan 
Telur 3 biji
Esen vanilla 1 sudu kecil 
 Soda bikarbonat 1 sudu kecil (ayak)
Baking powder 1 sudu kecil (ayak)

Cara-cara menyediakan :

  1. Mula-mula blend atau mix kan telur, gula dan esen vanilla sehingga kembang. Dalam 2-4 minit macamtu pun dah okay.
  2. Masukkan pula susu pekat dan mix.
  3. Kemudian, masukkan minyak masak/minyak jagung tersebut dan mix sehingga sebati ok.
  4. Masukkan pula tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat & baking powder yang dah kita ayak tadi. 
  5. Kacau sampai bahan-bahan tersebut sebati dan tak berketul okay. 
  6. Akhir sekali, masukkan pula air panas dan kacau sekali lagi. Masukkan sikit-sikit tau air panas tu.
  7. Sapukan marjerin/minyak di sekeliling loyang atau acuan yang korang nak guna tu. 
  8. Panaskan oven dulu dan bakar selama 50 minit dengan suhu 160'C atau sehingga kek korang masak. Bergantung kepada oven masing-masing. Kalau nak kukus, boleh kukus selama 40 minit/ sehingga kek tu masak okay. 
 
Bahan-bahan topping coklat :

Serbuk koko 1/2 cawan
Susu pekat 1/2 cawan 
Air panas sedikit 
Butter 1 sudu (Tak letak pun takpa)

Cara-cara : 

Kacau semua bahan di atas ni sehingga berkilat. Then korang boleh lah tuang atas kek korang. Tunggu kek korang sejuk dulu tau baru boleh tuang atas kek :)

Kalau nak nampak macam meriah-meriah gitu, korang boleh lah hias dengan coklat cip ke, coklat rice yg rainbow tu ke, kacang almond or anything lah. 

Banyak version sebenarnya nak buat kek ni. This is the simple one. Sis pun tak terror mana pun tapi inshaAllah lah menjadi :P

Okay done~~
Hope berguna utk uolls cuba!
Love :
Floralyaa

10 January 2020



Bismillah, 

Assalamualaikum.

First entry untuk tahun 2020!

Sempat lagi kan aku nak ucapkan selamat tahun baru? Ihiks.

How time flies. Kejap je kita dah bertukar tahun which is "2020". 

And we all are getting older. 

Nak tanya mcm mana 2020 korang, tapi kita baru masuk hari ke berapa kan.

So...
 
How's your 2019? Okay, I just want to say that we as a human would feel this way. Everyone is struggling. So much happiness, tested, laughter, tears, joyful, tiredness, heartbroken, sadness and succeed that i hv been through.

Kalau nak diceritakan satu satu, aku rasa memang tak cukup seratus mukasurat pun. 

Macam macam yang kita hadap kan? Aku rasa kau yang baca ni pun sama kot? Just be thankful to Allah for what ever happened in our life :) Tak kisah lah benda baik atau benda buruk yang kau hadap. 

Semua benda yang jadi dalam hidup kita ni bersebab & banyak sangat hikmah disebaliknya yang kita taktahu. 

Allah dah susun cantik-cantik jalan hidup kita.

Tatkala kita benci dengan nasib kita, 
Ada ramai manusia yang mahukan kehidupan kita. 

Kalau kau rasa hidup kau yang paling membebankan kat dunia ni, kau kena ingat ada lagi ramai manusia kat luar sana yang hadap macam-macam benda yg lagi teruk dri apa yg kau lalui sekarang ni tapi mereka masih boleh tersenyum. Dan mereka masih lagi bersyukur. 

Kenapa tidak kita? .... 

And this is one of my fav quotes :


Make it a habit to talk about blessings more than burdens. When you spread positivity, the Almighty will bless you with blessings even more. - Mufti Menk

Daripada kau meratapi sesuatu, lebih baik kau fikir benda-benda yang menghappykan diri kau right? 

Dan aku always pesan kt diri aku kalau kau tak dapat apa yang kau nak sekarang, mungkin ada benda yang lebih baik Allah dah readykan utk kau suatu hari nanti? Just put all your trust on Allah. Berdoa dan teruskan berdoa (:

Segala perkara yang dah berlaku, segala kesilapan yang kau dah buat, kau kena belajar dari semua kesilapan tu. Terus bangkit & melangkah kehadapan, dan jangan ulangi kesilapan yang sama lagi :) 

Kalau nak story pasal azam 2020 aku, actually byk pun azam 2019 aku yang tak tercapai lagi, mungkin sbb aku ni banyak main kot lol. Takpelah slow slow :) Jangan lupa okay untuk selitkan sekali azam utk kita improve diri. Tak kisahlah dalam bab agama or anything yang worth utk diri kita. InshaAllah Allah akan permudahkan segalanya kalau niat kita baik. ^

Moga segala azam aku pada tahun 2020 ni tercapai aamiin! 

Aku doakan juga semoga semua azam azam korang tahun ni tercapai jugak insaAllah aamiin!

Banyak sebenarnya kisah utk tahun 2019 aku yg tak sempat nk dicerita kt sini. Takpelah nanti bila bila ada masa aku throwback okee?

Ihiks.

Okay bye everyone:D 

Have a nice day ahead! 

 Love :
Izzah Alya