Bila terbaca kisah-kisah kematian seseorang sememangnya merentap jiwa aku.
Allahu,
Andai lah kita tahu berapa banyak lagi waktu yang tinggal untuk kita hidup kat atas muka bumi Allah ni,
Selama mana lagi kita mampu untuk bernafas,
Berapa hari lagi yang kita ada untuk bersama dengan orang sekeliling,
Pasti takkan putus-putus amal yang kita buat.
Mesti kita takkan sia-siakan peluang yang ada untuk beribadah sungguh-sungguh dekat Allah.
Mesti kita akan segerakan taubat kita,
Dan semestinya kita akan gunakan masa-masa yang tinggal untuk membahagiakan orang sekeliling, kan?
Jujur aku kata...
Kalau lah kita tahu bila orang yang kita sayang akan pergi tinggalkan kita,
Mesti kita akan hargai orang tu,
Gunakan masa yang tinggal untuk luangkan masa dengan orang tu dan bahagiakan dia.
Kalau kita diberikan peluang tu, mesti kita akan buat kan?
Sebab yelah kita kan dah tahu dia akan tinggalkan kita?
Tetapi hakikatnya, ajal maut rahsia Allah.
Kalau kita tahu ajal kita esok, apa yang kita akan buat?
Cukup ke bekalan kita untuk dibawa kesana? :'))
Maafkan kami ya Allah,
Terkadang diri ni alpa,
Terlampau leka dengan dunia.
Sibuk sangat nak kejar hal dunia yang takda kesudahan ni,
Sampai akhirat kita lupa. *self reminder*
Kadang tu...
Aku sendiri pun lupa yang dunia ni tempat persinggahan kita je,
Akhirat tu yang kekal abadi.
Kehilangan orang yang tersayang ni memang sakit,
Sakit yang sukar digambarkan dengan kata-kata,
Walhal aku sendiri pun tak boleh bayangkan perasaan tu,
Hanya orang yang melalui fasa tersebut je yang tahu,
Ya, aku belum pernah lagi merasai yang namanya "kehilangan".
Boleh ke aku nak skip fasa tu? '))
Aku ada terbaca satu ayat ni :
Kematian adalah hal yang paling jauh dari fikiran kita, walaupun ia sebenarnya lebih dekat dari segala yang dekat dengan kita. -Syaikh Ali Musthafa Thantawi
Betul sangat-sangat.
Kematian tulah hal yang paling dekat dengan kita.
Kita hidup hari ni boleh jamin ke yang kita akan hidup hari esok?
:)
#KitaBaikRamaiSayang - Arwah Abam Bocey
Love this word. Just a simple word but give a big impact in our life too.
Selalulah berbuat baik dengan semua orang.
Tak kisah lah siapa pun, even orang tu sakitkan hati kau.
Senyum :)
Teruskan berbuat baik walaupun kadangkala rasa tak dihargai.
Kalau rasa penat nak buat baik, ingatkan diri kita besar ganjarannya bila buat kebaikan ni.
The ending was wonderful with the power of kindness.
Aku sebak betul beberapa harini,
Bila kisah arwah Abam ni lalu dekat timeline aku,
Mata aku berkaca tetiba.
Hati aku ni betul-betul tisu.
Aku pun salah seorang yang meminati lawak dan jenaka arwah Abam.
Memang tak sangka secepat ni beliau pergi.
Pasti ramai yang akan merindui beliau.
Ramai yang sayangkan Arwah. Tapi Allah lebih sayangkan dia.
Betullah, bila buat baik ni memang ramai orang sayang.
Aku jadi sebak.
Satu-satu kisah kebaikan arwah Abam ni Allah tunjuk selepas perginya beliau.
Semua cerita yang baik-baik dan menyenangkan hati.
He is such an inspiration for me.
Banyak rupanya amalan-amalan yang beliau buat semasa hayatnya. :')
Dalam pada dia menghiburkan orang lain, dia juga banyak buat kebaikan yang kita tak nampak.
Moga kita dapat contohi beliau juga.
Alfatihah kepada arwah.
Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Sedekahkan juga Alfatihah kepada keluarga kita, saudara-mara kita, rakan-rakan dan umat islam yang telah pergi menghadap illahi.
We just don't know our turn.
Just be ready. Always.
Moga pengakhiran kita nanti adalah sebaik-baik pengakhiran.
Aamiin. InshaAllah.
Assalamualaikum.♥
Love :
Izzah Alya