#5 Kosong

Ruang kecil,
Tidak berpenghuni,
Sayu,
Jelas ada,
Namun hakikat tiada. 


Dedaun berterbangan, 
Seolah menghampiri,
Jatuh,
Tercari sudut untuk didiami,
Namun menghilang,
Tanpa dijejaki.


Seolah bayangan, 
Tampak kelihatan,
Pancarannya ikut terbentuk,
Tapi kenyataan kaku,
Sepi. 


Hidupkan kembali, 
Rasa itu, 
Walau terdampar mati akhirnya,
Terus bangkit,
Tetap utuh, 
Walau tiada yang menghulur.



Resepi Biskut Coklat Chip. Rangup dan sedap!




Assalamualaikum! 
Memandangkan kita masih lagi dalam musim raya PKP atau Cov-Eid ni kan... aku nak share resepi chocolate chip cookies yang aku guna since 2014 lagi. Ni resepi masa aku sekolah menengah dulu hehe time memula start belajar buat biskut raya dulu. Rasa dia dah improve sbb every year mmg buat! ^ So far yang makan semua puji sedap :D Alhamdulillah. 

Okay jom tengok bahan-bahan diaa.... 
Tengok list bahan kat bawah kay, ada bahan yg tak sempat snap dlm gmbr :3

Bahan-bahan :


1 biji Telur
1 cawan butter/Marjerin 
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung 
1 1/4 cawan gula perang 
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil soda bikarbonat 
1 sudu kecil baking powder
1 cawan coklat cip 
1 cawan badam cincang


Cara-cara : 

1) Gaulkan butter, telur, gula perang dan esen vanila hingga sebati. Gaul guna senduk kayu je okay, takperlu guna mixer pun sbb taknak bagi dia kembang. 

2) Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum, tepung jagung, soda bikarbonat dan baking powder. Kacau bagi sebati tau. Yang bahagian ni nak ayak pun boleh, tak ayak pun takpa :)




3) Akhir sekali, masukkan secawan coklat cip dengan badam cincang. Kalau nak lebihkan coklat cip & badam tu pun boleh kay. 


Ni rupa dia lepas dah digaul sebati.

4) Bentukkan guna sudu je dan bakar dalam oven dengan suhu 150' darjah celcius selama 25 minit *boleh lebihkan sedikit masa membakar kalau nak biskut jadi lebih rangup!* 






5) Ok taraa siap dah biskut kitaa! 




Siapa yang bosan-bosan dekat rumah tu boleh laa try buat kan. 
Sebab bagi aku senang sangat nak buat.
Cookies ni tak semestinya makan time hari raya je, sesuai juga untuk minum petang. :D

Ok next cookies nanti aku share kat sini.
Bye assalamualaikum! #StayAtHome #StaySafe 
  Love :
Izzah Alya