Resepi Biskut Lidah Kucing / Rainbow Cookies!

Hai, harini aku nak share resepi biskut rainbow cookies atau biskut lidah kucing. Hahaha tapi aku tukar bentuk dia jadi bentuk bunga, tak nampak lah rupa lidah kucing dia tapi rasa tetap sama hokeyy. Nak bagi nama biskut flower cookies ok ke? 


Hehehe. 


Actually, cookies ni aku buat masa raya haritu tapi harini baru teringat nak share. So, siapa siapa yang tengah kebosanan & rajin dekat rumah tu taktahu nak buat apa... boleh lah try buat biskut ni. Serius sedap! 


Aku suka sangat sebab rasa dia rangup kat luar and cair bila masuk dalam mulut. Nak buat biskut ni pun senang je :D 


Aku pun first time jugak buat hari raya haritu dan alhamdulillah jadi. ♥‿♥ Ok jom baca cara-cara nak buat diaaa. 

Random sangat aku snap gambar. Hehe, cam biasa sila tengok bahan-bahan yg lengkap kat bawah ni kay. :)

Bahan-bahan yang diperlukan :

250 gm Butter

160 gm Gula kastor

200 gm Tepung gandum (Diayak)

50 gm Tepung jagung (Diayak)

1/4 sudu Emplex (Diayak)

1 sudu kecil Esen Vanila

3 biji putih telur 

((P/s : Kalau nak tukar sukatan gram kepada sukatan cawan boleh google je tauu))


Cara-caranya adalah : 

-Mula-mula sekali pukul butter, gula kastor dan esen vanila. Pukul sampai sebati. Guna mixer je okay, takdelah lenguh tangan nak pukul. 

-Kemudian, masukkan 3 biji putih telur kedalam adunan tadi. Mix kan lagi. 

-Lepastu masukkan pula tepung gandum, tepung jagung dan esen vanila. Mix kan sekali lagi bagi rata dan siap dah adunan kita. ☜(˚▽˚)☞

-Then, boleh lah kita bahagikan adunan kita kepada beberapa bahagian untuk diletakkan pewarna. 

Sis guna empat warna je. Ungu, pink, biru dan pink. Kalau nak lagi meriah, boleh jee tambah lagi warna-warna lain.

-Masukkan dalam piping bag. Haa lepastu, boleh lah piping ikut bentuk yang kita suka. (~˘▾˘)~

Disebabkan aku takda baking tray bentuk lidah kucing tu, aku guna je tray oven aku and pipe atas tray tu untuk buat bentuk bunga. 

Lepastu tengok-tengok... eh cute la pulak bentuk bunga aku! Teruja kejap. Hahaha!

So conclusionnya, kalau takda tray dia pun takpa jangan nangis. Guna je baking tray yang korang ada tu. Pipe elok-elok atas tray tu, jangan rapat-rapat sangat. 

Nak buat bentuk lidah kucing pun boleh. Pipe memanjang ketepi mcmtu, kalau bentuk bunga senang sikit sbb kita pipe sekali je. 


Bakar selama 25 minit dengan suhu 150 darjah. 

Bakar sampai masak tau, aku lebihkan dalam 1-3 minit macamtu sebab oven aku tu loading sikit hahaha.

So boleh lebihkan/kurangkan masa bakar tu ikut oven masing-masing tau. 

Then....

Taraaaaa dah siaplah biskut kita. 

Biskut ni sedap & salah satu biskut peberet aku jugak.

Nak buat dia simple and senang je, bahan pun tak banyak tapi bagi aku yang membuatkan dia leceh adalah masa part nak piping tu. 


Best memang best tapi agak renyah sikit bagi aku. Sebenarnya nak cakap part makan je yang paling best kan.>,<

Hahahahaha tapi overall okay je

Best makan depan tv sesambil layan drama yang best sekarang ni kannnn. Hihihi.

Terima kasih sudi singgah bacaaa (◕‿◕✿)

Jangan lupa cuba. Bye! 

Love: 

Izzah Alya

Thought


Terkadang tu,
Aku terfikir,
Aku taklah sebaik mana,
Sebaik yang orang kata, 
Sebaik yang orang fikir,
Sebaik yang orang nampak. 

Tak,
Aku jauh dari itu. 

Betullah,
Allah yang tutup semuanya. 

Kalau Allah buka, 
Sebelah mata pun orang tak pandang,

Ya,
Aku yang beruntung sebenarnya,
Aku yang patut lebih bersyukur,
Sebab dikelilingi dengan orang yang baik-baik,
Dan dipertemukan dengan orang-orang yang boleh terima dan sayang aku. 

Terkadang aku tahu,
Diri ini yang kurang menghargai keadaan itu, 
Aku lebih mengejar sesuatu yang tiada, 
Kurang mempedulikan yang didepan mata.

Maafkan aku...

Just my late night thoughts. Huhu.:')
Love:
Izzah Alya

6 August 2020; Picnic with friends.

Last week pergi picnic, dengan kawan-kawan aku. 

Memang plan nak jumpa diorang pun. Ada yang setahun jugaklah tak jumpa. 

Kitorang plan nak pergi Taman Saujana Hijau, Putrajaya. Basically kebanyakan orang memang pilih tempat tu untuk buat picnic, reunion, jogging or photoshoot pun dekat situ sebab memang lawa gila view dekat situ. Nampak lah pemandangan dari atas bukit, dengan pokok-pokok yang menghijau, taman-taman bunga dan lain-lain. 

Unfortunately, Kitorang tukar tempat lain. Hahaha sebab dah petang sangat kot kot dah penuh. Takpelah. 

So here we go....! (~˘▾˘)~

Taman Botani, Putrajaya. 

Hehehe, still dekat Putrajaya jugak! Taktahu lah kenapa, aku suka pergi jalan-jalan dekat Putrajaya ni hahaha. Kalau orang ajak nak pergi mana? Aku sebut Putrajaya. Maybe sebab tempat-tempat kat situ cantik-cantik kot? Lagipun kt situ banyak tempat-tempat yang best. Serius. Korang boleh google je banyak sangat. 

Aku sampai dah kenal jalan-jalan kat sini sebab pusing-pusing tempat yang sama. Ceihhh... poyo kan. Padahal tu selalu je sesat :3 Huhuhu. 

So kitorang picnic dekat tepi tasik, area Astana Morocco, Putrajaya. View sini cantik jugak, berangin~~ boleh nampak orang berkayak sekali haa. 

Okaylah taknak tulis panjang-panjang. 

Meh lah nak share sket gambar-gambar picnic kitorang. 

(ღ˘⌣˘ღ)

Here some pictures of our foodies. 

Aaaahhh, semua sedap-sedap kan?
Macaroni goreng tu air tangan sis, hehe.

Semua kitorang bawak sendiri dari rumah. Kecuali Pizza tu hahahaha

Padahal sampai sana semua cari air dulu, makanan semua tak pandang. Dahaga tu jangan cakap sebab panas sangat masyaAllah, nasib baik jumpa tempat teduh bawah pokok. 

Yup, memang betul-betul bawah pokok kitorang picnic XD

Some of my form six friends, cousin/jiran. Yeah, all is friends. (ノ◕ヮ◕)ノ*:・゚✧

Awan petang @ Astana Morocco, Putrajaya.

View @ Masjid Putra, Putrajaya. 。◕‿◕。

And yaa, I put it here as a memories.... ♥♥

Hehehe okay thats all. 
Thank you singgah :D 
Bye! 
Love :
Izzah Alya

Resepi Daging Berlada Yang Mudah


Assalamualaikum, hai. 

Harini terlebih rajin nak taip resepi. So kita nak share sikit resepi daging berlado yang simple and easy sangat nak buat. Ada orang panggil berlada, ada yang panggil berlado. Aku pun taktahu apa perbezaan dia sebenarnya. Beza nama je kot kan? Hahahaha. 

So yang tak tahu nak masak apa, boleh terai resepi ni okie. Sedap sangat makan dengan nasi panas-panas. 

(ᵔᴥᵔ)

So tanpa melengahkan masa, jom tengok bahan & cara-cara nak buat. 


Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

-2 ulas bawang putih 

-2 ulas bawang besar 

-3 biji cili merah besar

-10-15 biji cili padi (Taknak pedas pedas boleh kurangkan ok!) 

-1 biji tomato

-Ikan bilis  (Taknak pun takpe tau, aku suka letak sbb suka rasa ikan bilis tu)

-Garam & gula secukup rasa 


Aku guna ikan bilis yang dah siap kopek, senang. hehe

Step-step nak buat seperti kat bawah ni :

-Mula-mula sekali, rebus daging sampai empuk. Dalam 1 jam lebih kurang sampai daging empuk.

-Sementara nak tunggu daging tu empuk.....

Boleh lah kisarkan/tumbuk bawang merah, bawang putih, tomato dan ikan bilis. Kisar semua bahan sekali ok. Terpulang ok nak tumbuk pun boleh, orang kata guna lesung lagi sedap kan. 

Kemudian, daging yang dah direbus empuk tadi boleh keluarkan. Air rebusan ni jangan buang tauuu. Boleh guna sedikit untuk letak dekat masakan tu nanti :D

Okay naahhh... daging tu pulak potong ikut suka ok. Kalau nak bagi daging tu senang kunyah & tak liat, potong ikut lawan urat. 

Ok step yang lepasni tak sempat nak snap dahh...---

-Kemudian, lumurkan daging yang dah siap dipotong tu dengan kunyit & garam. 

-Lepastu, goreng macam biasa!  

-Goreng takperlu lama sangat tau dalam 2-3 minit je. 
Takut daging tu jadi keras, sbb kita dah rebus tadi kan. 

-Angkat daging yang dah digoreng tadi, minyak yang diguna utk goreng daging tu  guna balik untuk tumis. 

-Then, masukkan bahan-bahan yang kita dah kisar tadi, tumis sampai garing sikit & naik bau. 

-Lepastu boleh masukkan satu mangkuk air rebusan daging tu, kacau & perisakan dengan garam dan gula secukup rasa! 

-Dan yang terakhir sekali masukkan daging yang dah digoreng tadi. 

Tunggu beberapa minit sampai masak, 
And....
Dah siap! Sedia untuk dihidang \ (•◡•) /


Senang kan? 
Hihu.
Yang belum pernah cuba, boleh cuba buat ok. 
Itu sahaja untuk harini. 
Sekian! (。◕‿◕。)
Tq for reading! 
Love: 
Izzah Alya

K-drama Backstreet Rookie

Semalam last episod for kdrama Backstreet Rookie! (◕‿◕✿) Korang dah tengok ke belum? Aku habiskan masa 3 hari jugaklah nak habiskan drama ni. Actually dah keluar lama dah kdrama ni, tak silap aku 19 June haritu. Tapi sebab aku pun habis class online lambat so baru sempat nak start tengok last week. 

Actually, I will wait for the dramas to be completed before watching it. Sebab penantian setiap episod tu sangat menyeksakan ok, sampai tak boleh tidur dibuatnya dok fikir apa akan jadi for the next episode. Siapa kdrama lovers tahulah kan benda ni hahaha. 

So, for those yang minat nak tengok kdrama yang santai-santai, tak cliche, jalan cerita yang tak slow and tak banyak conflict untuk difikirkan, aku suggest untuk layan drama Backstreet Rookie ni. Serius tak menyesal :p Genre kdrama ni is romantic comedy. And yaa aku banyak gelak ok layan drama ni, hilang stress pun ya jugak and dalam masa yang sama boleh enjoy the sweet moment antara Choi Dae Hyun (Ji Chang Wook) dengan Jung Saet-Byul (Kim Yoo-Jung). Cute gila ok diorang berdua!! 

Jalan cerita dia pun simple je, senang untuk difahami. 
Choi Dae Hyun (Ji Chang Wook) ni owner sebuah convenience store & Jung Saet-Byul (Kim Yoo-Jung) part-timer dekat convenience store Dae Hyun ni. Tapi actually masing-masing dah kenal each other. Ada kisah antara diorang berdua ni dulu. Nak tahu kena laa tengok 
Jung Saet-Byul ada great fighting skills which is dia belajar daripada ayah dia. Tapi ayah dia dah takda dah sbb kemalangan. So that dia hidup berdua dengan adik dia Eun-Byul and dia tanggung adik dia belajar tapi adik dia jenis degil. Aku pun geram dengan adik dia hahaha
Yang ni pulak kawan Saet-byul iaitu Geum-Bi, and yang lelaki ni pulak kawan kepada Dae Hyun iaitu Dal-Sik
Character diorang sangat lah menghiburkan. Mula-mula gaduh, end up boleh pulak suka sama suka. Love-hate relationship giteww. 
Family Dae Hyun ni pun sejenis happening jugaaa
Paling suka mak Dae Hyun, walaupun mulut bising tapi hati dia baik. 
I love this kind of friendship, always be there for each other :D
Ni pula Kang Ji-Wook, kawan sekolah Saet-byul. Faham tak second lead syndrome tu macam mana? ♥‿♥
Love both chemistry!! 
One of the reason why i love this kdrama bcs dia memperlihatkan suasana dekat convenience store diorang which is "GS25". Kedai dia lebih kurang macam 
7-Eleven or Family Mart macamtu. Selain dapat tengok sweetest moment between Dae Hyun dengan Saet Byul, we also can see how Saet Byul handle and treat their customers and banyak marketing strategy yang mereka guna dalam drama ni. Contohnya, bila berdepan dengan customer, kena senyum. Yes, benda simple macamtu je kan. Tapi kadang orang susah nak buat. And banyak lagi scene-scene lain. Tak kurang jugak banyak nilai common sense yang ada dalam Backstreet Rookie ni. Pastu paling suka sekali tengok diorang makan Shinseong Noodles nampak sedap gila! Hahaha. 
Honestly, Ji Chang Wook is one of my fav korean actor! One of the reason why i watch this drama is because of Ji Chang Wook :D 
Almost semua drama yang ada dia aku dah tengok 。◕‿◕。 
Aku rasa ni salah satu kdrama Ji Chang Wook yang aku suka. Watak Dae Hyun dalam cerita ni cool gila okay~ 

Overall i enjoyed the storyline so much! Love their chemistry and all the cast. OST pun best! Taknak lah cerita lebih-lebih nanti jadi spoiler pulak hahaha you guys should give a try to watch this. 
And i hv read some comments on twitter yang mintak season 2 for this dramas. Sebabnya ada lah... no kissing scene between the two main characters. Hahaha lol, for me the ending was good enough tho. Macamtu je pun dah sweet gilaaaa. Nama pun romantic comedy kan. Kena yang santai & simple jelah. 
Tapi kalau ada season 2 pun ofcourse sis layan, weheee! 

Sis belum boleh move on dengan Backstreet Rookie ni sbb baru habis semalam! Kena tunggu seminggu lagi untuk move on. 

Hahahaha. 

Okay next..... kdrama apa lagi yang best eh sekarang? 
Suggestion please...? 
Hehehe 。◕‿‿◕。
Love:
Izzah Alya

Buku TLYB (◕‿◕)

Assalamualaikum,
Last two weeks, 
Akhirnyaa..... buku puisi yang aku tunggu tunggu dari bulan lima haritu sampai juaa. 

Nak tahu tak buku apa? Jeng jeng jeng. \ (•◡•) /


Inilah buku dia. "Teruntuk Langit Yang Bercanda" by Mustaqim Jiwa. 



Aku rasa ramai je yang tahu kewujudan buku ni and kenal penulis buku ni hehe sebab penulis ni merupakan penulis best-seller. Buku-buku dia semua menarik. And beliau memang aktif dekat socmed seperti twitter & instagram. 

Buku ni buku yang paling aku tunggu. Sebab apa? Selain novel-novel jiwang and buku-buku motivasi lain, aku memang sejenis yang meminati buku-buku genre puisi dan karya yang ada kata-kata indah macam ni. 

Sebenarnya, dari dulu lagi aku tak kisah pun apa-apa jenis bahan bacaan yang aku baca, buku ilmiah or apa pun. Janji content dia bagus then okay, aku akan baca je. Aku tak fokus dekat satu genre je. Novel seram pun aku baca je, hihu. Eh banyak pulak muqaddimah aku ni. 

Sedikit yang aku tahu mengenai penulis buku ni, penulis ini sebelum ni menggunakan nama Serban Putih tapi kini menggunakan nama Mustaqim Jiwa dan seorang penulis kelahiran Singapura. 

Okay, aku sempat grab cetakan pertama buku Teruntuk Langit yang Bercanda ni. Bersengkang mata jugak lah nak tunggu dia open pre-order pukul 12 malam. At that time, dia memang buka pre-order sekejap and limited gila buku ni so memang kena berebut nak order online malam tu. Sampai web pun stuck.... dan alhamdulillah rezeki aku, dapat juga order :D 

Buku latest yang aku beli ni didatangkan dengan surat typewriter yang ditulis khas oleh beliau menggunakan perkataan yang kita boleh customize sendiri, bookmark yg cantik tu dan buku yang dibalut dengan vintage wrap dan wax seal "Jiwa". Unik sangat kan? 

Wax seal "Jiwa". Nice kan? 

Bookmark. ^^ Aesthetic gituuu. 

Yang ni aku nak tunjuk sebahagian ayat drpd surat typewriter yg di customize tu:D

First impression aku masa buka parcel ni dulu... perasaan aku memang dah tentu tentu rasa teruja yang semacam weh.... Hahahaha tak tipu >,< Sebab cantikkkkk sangat masyaAllah sayang gila nak buka. Vintage wrap tu pun teragak-agak je nak buka. Akhirnya buka jugak lol. 

Before this aku excited nak beli buku ni just because dia punya packaging and all je. Duk puji-puji cantik yaAllah hahahah biasalah first impression mesti tengok luaran dulu & tak kisah dalaman macam mana kan hehe. Sebab, manusia kan memang sukakan kecantikan. (Eh tetiba) Secara jujurnya, aku tak expect lebih-lebih pun utk content dalam buku puisi ni. And aku anggap maybe mcm buku-buku puisi yang aku pernah baca sebelum ni. Tapi rupanya.... expectation aku melencong sikit. 

Aku baru baca muka surat pertama buku ni je pun aku dah rasa sebak. Hahaha sensitif betul kan aku, sejenis hati tisu beb. Tak boleh betul baca ayat-ayat puitis & deep macam dalam buku ni. 

Susunan kata-kata indah yang ditulis oleh beliau ni memang boleh tarik hati pembaca. Tersusun cantik dengan penggunaan bahasa & kosa kata melayu indah. Ayat-ayat yang dia gunakan ada yang santai je & mudah difahami. Overall aku rasa seronok bila baca buku puisi ni sebab berkisarkan tentang kehidupan. Kadang tersentap jugaklah aku baca. Banyak nilai positif yang kita dapat daripada buku ni. Penulis ni beritahu yang buku ni adalah sebuah buku puisi yang ditulis untuk meraikan manusiawi. :D  
Menarik kan? 

Ok jom kita tengok sedikit sedutan yang ada dalam buku ni. 。◕‿◕。


Credit to Mustaqim Jiwa 

Dan, ada lagi beberapa buah buku yang ditulis oleh penulis ni iaitu DaielogyTerlena di Salah Syurga, Ketika Hati Berfatwa dan yang latest ni iaitu Teruntuk Langit yang Bercanda

Aku berkesempatan baca buku dia yang sebelum ni iaitu Ketika Hati Berfatwa. Macam biasa, buku-buku yang ditulis oleh beliau memang banyak manfaat & pengajaran dan mempunyai nilai dia yang tersendiri. Yang belum pernah baca, boleh lah try baca. Mana tahu memenuhi cita rasa korang. 

Ok, kalau nak dapatkan buku beliau yang latest ni boleh lah check update dekat instagram beliau dekat sini. Tak silap aku buku Teruntuk Langit yang Bercanda ni boleh beli online sahaja. Tak silap aku lah, hehe. Kalau yang berminat kena rajin tengok update beliau dekat instagram k! 

Okay sekian sahaja untuk honest review daripada aku kalini. Santai-santai je review aku ni hehe :D 

Tq sudi baca hihu. 

Bye assalamualaikum (◕‿◕✿)
Love : 
Izzah Alya ♥